Gas Asli di sebalik krisis Sunni vs Syiah?

Saya berjumpa dengan beberapa tulisan penganalisis yang mengatakan bahawa konflik di Timur Tengah dan di Syria khasnya bukanlah punca utamanya pertembungan antara Sunnah dan Syiah. (sila klik sini dan sini) Ia mungkin salah satu isu penting disebabkan Iran yang ingin muncul sebagai sebagai sebuah kuasa yang penting di Timur Tengah yang memiliki kuasa nuklear. Mereka menggunakan mazhab Syiah sebagai wahana untuk mengembangkan pengaruh mereka lantaran mereka yang bermazhab Syiah secara tidak langsung bermakna menyokong Iran.

Isu yang lebih mendasar ialah isu gas asli yang dilaporkan telah dijumpai di Homs pada 2011. Qatar dan Iran pernah mencadangkan laluan pipe untuk gas asli merentasi Syiria dan Mediteranean yang akhirnya boleh sampai ke Eropah. Hal ini tidak menyelerakan Syiria kerana laluan itu merentasi negaranya tetapi tidak memberikan keuntungan yang maksimum. Oleh sebab itu, Syria telah berpakat dengan Iran dan Iraq untuk membiina 3480 batu satu laluan paip gas asli yang boleh menghubungkan Iran Timur dengan negara Eropah. Sekiranya projek ini berjaya, 3 negara ini akan menguasai pasaran gas di Eropah.
 
Ini tentunya mengancam Turki yang mempunyai plan yang sama iaitu untuk menjadi orang tengah dalam membekalkan gas asli antara Eropah dan Timur Tengah. Ia telah mencadangkan satu laluan yang menghubungkan Asia Tengah dan Kaspian merentasi Azerbaijan, Georgia, Turkey, Bulgaria, Romania and Hungary, dan berakhir di Austria. Atas maksud itu, segala usaha untuk menggagalkan plan Iran, Iraq dan Syria perlu diusahakan oleh Turkey. Oleh sebab itu, Turkey memberikan sokongan kepada pemberontak untuk menjatuhkan Asad.

Arab Saudi juga mengusahakan sesuatu dengan Rusia. Saudi menawarkan kesediaan untuk membeli peralatan persenjataan dari Rusia bernilai USD15 billion yang akan memberikan pengaruh Rusia di Negara Arab. Sebagai balasannya, Rusia perlu tidak mengiktiraf Basyar Asad. Ini juga merupakan strategi pihak Arab Saudi untuk memikat Rusia untuk menjadi kawan Saudi. Rupanya telunjuk lurus, kelingking berkait. Ini adalah usaha Saudi untuk menggagalkan plan gas Iran, Iraq dan Syria untuk eksport ke Eropah. 

Penggunaan senjata kimia yang kononnya menjadi alasan kepada US untuk mengambil tindakan, hanyalah helah semata-mata. Ia dipercayai suatu perancangan yang sangaja dibuat untuk mewajarkan US untuk masuk campur apabila kepentingan US terjejas. Isu kemanusiaan bukanlah isu sebenar kerana krisis kemanusiaan dipercayai didalangi oleh mereka demi kelangsungan kuasa politik dan ekonomi di peringkat serantau dan antarabangsa. Kalaulah isu kemanusiaan yang mendorong kuasa besar dan negara arab mengambil tindakan, sepatutnya sudah lama mereka mengambil tindakan. Tindakan tidak perikemanusiaan yang telah dilakukan oleh Basyar Asad bukan mereka tidak tahu, tetapi sengaja buat tidak tahu. Memang menjadi perancangan mereka untuk memastikan konflik antara Syiah dan Sunni berterusan yang akhirnya boleh menguntungkan mereka.

Ini antara maklumat dari beberapa laman web yang – walaupun mungkin tidak boleh dipercayai sepenuhnya, tetapi memberikan suatu kelainan maklumat yang jarang disebut di dalam konflik Syria. Apa yang sering disebutkan oleh konflik Syiah vs Sunni. Ya memang betul, Iran ingin meluaskan kuasa mereka dan mereka bekerjasama dengan US menjatuhkan Saddam dan sebagai balasannya Iraq telah dikuasai oleh Syiah.

Tidak semua maklumat ini benar, dan tidak semua maklumat ini salah. Tetapi boleh difikirkan dan diterokai. 

Wallahu a'lam

 

Post a Comment

0 Comments