Hikmah dalam dakwah dan tindakan (bahan usrah)

Muqaddimah
1. Adakah kita lebih berhikmah daripada isteri kita dalam mendidik anak. Kata-kata kita sebagai seorang ayah tidak dipandang oleh anak-anak sehingga kita terpaksa mengambil tindakan memukul anak itu agar ia mahu dengar kata.
2. Adakah cadangan yang kita lontarkan diterima baik oleh masyarakat?
3. Adakah seseorang pimpinan itu telah mengeluarkan pandangan dan tindakan yang berhikmah?




Dakwah merupakan salah satu daripada tuntutan tegar di dalam Islam. Ia bermaksud
1- Mengajak manusia memahami Islam.
2- Melaksanakan Islam di dalam kehidupan.
3- Bekerja untuk Islam.

يَتْلُو عَلَيْهِمْ آيَاتِهِ وَيُزَكِّيهِمْ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ
Maksudnya: Membacakan ke atas mereka tanda-tanda kebesaran Allah, menyucikan jiwa mereka dan mengajarkan mereka kitab dan hikmah. Ali Imran:164.

Di dalam melaksanakan tugas ini, kita dituntut untuk melaksanakannya dengan penuh berkesan iaitu
• Menerangkan dan meyakinkan (convincing) manusia dengan Islam.
• Mempengaruhi (influencing) manusia agar melaksanakan Islam.

ادْعُ إِلَى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ
Maksudnya: Serulah ke jalan tuhanya dengan hikmah, pengajaran yang baik, dan berdialoglah dengan mereka dengan cara yang paling berkesan. Al-Nahl: 125.

• Hikmah : membuat keputusan yang tepat dan melakukan tindakan yang berkesan.
• Pengajaran yang baik : memberikan galakan atau ancaman
• Berdialog : mengeluarkan hujah yang kukuh

Seseorang yang berhikmah
• Kata-katanya didengari dan dipatuhi
• Peribadinya disegani oleh rakan dan dihormati oleh musuh

Siapakah mereka yang berhikmah
• Berilmu
• Beramal dengan ilmu
• Menjaga maruah dan peribadi
• Mengawal emosi
• Bertindak matang

يُؤْتِي الْحِكْمَةَ مَنْ يَشَاءُ وَمَنْ يُؤْتَ الْحِكْمَةَ فَقَدْ أُوتِيَ خَيْرًا كَثِيرًا
Maksudnya: Allah akan memberikan hikmah kepada siapa yang ia kehendaki. Sesiapa yang diberikan hikmah, maka ia mendapat kebaikan yang banyak. Al-Baqarah: 269.

Penutup

Adakah hikmah dalam dunia internet telah pun hilang lantaran manusia akan mengkritik siapa sahaja semahunya tanpa mengenal batasan dan erti hormat lagi.


Post a Comment

0 Comments