YAHUDI SUKA BERALASAN UNTUK TIDAK MELAKSANAKAN HUKUM DAN PERINTAH ALLAH

Allah Taala mengabadikan banyak kisah Yahudi di dalam al-Quran sebagai pengajaran untuk kita semua. Mereka suka mengelak dan mengelat dari melaksanakan hukum Allah yang akhirnya mereka menerima kemurkaan Allah akibat perangai hodoh mereka. 



1- Ketika Allah memerintahkan Orang Yahudi menyembelih lembu, mereka bertanya (beralasan) tentang sifat dan warna lembu, sehingga akhirnya menyusahkan mereka sendiri. (AlBaqarah 67-71)

2- Ketika Allah memerintahkan Orang Yahudi makan al-Mann dan Al-Salwa, mereka nak minta tukar dengan bawang dan kekacang. Allah menempelak mereka adalah nak minta tukar perkara yg baik dengan perkara yg buruk. Mereka mendapat kehinaan. (Taha 80-81 / AlBaqarah 61) 

3- Ketika Allah memerintahkan Orang Yahudi masuk Palestine, mereka bagi alasan di Palestine itu ada puak Jabbarin. Mereka minta Nabi Musa dan Allah sendiri berperang dengan Jabbarin. Mereka nak duduk relaks sahaja. Allah menyifatkan mereka sebagai orang Fasiq. (AlMaidah 23-26) 

4- Ketika Allah memerintahkan mereka agar tidak bekerja pada hari Sabtu, mereka bagi alasan yg mereka tidak bekerja tetapi hanya menutup pintu terusan sahaja. Akhirnya mereka semua jadi kera. (AlBaqarah 65-66) 

5- Mereka tidak mahu beriman, melainkan setelah melihat Allah secara berdepan. Allah balas dengan tempikan suara yg mematikan mereka semua. Nabi Musa menyifatkan mereka sebagai orang bodoh.(AlBaqarah 55) 

Semua kisah di atas disebutkan di dalam al-Quran. *Memberikan alasan, menangguh, mengelak dan yg sewaktu dengannya yg tujuannya untuk mengelak dari melaksakanakan perintah / hukum Allah, adalah mengikut jejak langkah orang Yahudi.* 

Itu antara sebahagian kisah, kerana di dalam al-Quran banyak lagi kisah yg mendedahkan perangai buruk mereka. Semoga kita berlindung dari Allah dari berjangkit dengan perangai hodoh ini. 

👍Orang yg berjaya sering membuktikan kesungguhan, manakala orang yg gagal sering mencipta alasan. 
👍Orang yg ikhlas, mencari jalan. Orang yg  ........... mencipta alasan.

Wallahu a'lam.

Post a Comment

0 Comments