SURAH ALFATIHAH MINTA KITA AWASI PERANCANGAN MUSUH


Kita perlu melihat perjalanan gerakan Islam dari perspektif musuh Islam yg tidak senang dengan Islam. Tidakkah dalam setiap rakaat solat, kita membaca Surah al-Fatihah yg menyebutkan agar kita tidak mengikut jejak "*al-maghdub alayhim wala al-Dallin*" iaitu orang yg dimurkai dan juga orang yg sesat. Ahli tafsir menyebutkan mereka itu adalah Yahudi dan Nasrani. Tidak penting sangat siapa mereka, tetapi yg paling penting ialah apakah rancangan jahat mereka untuk merosakkan orang Islam. 

Apa perancangan musuh terhadap Islam??? Kalau ketika peperiksaan, "memahami soalan adalah sebahagian dari jawapan", maka dalam dunia yang penuh dengan konflik pada hari ini, "memahami strategi musuh, sebahagian dari Islam"

Dalam hal ini, bahagian strategic kepada Amerika menyebutkan sendiri beberapa rancangan mereka untuk menguasai umat Islam - yg boleh dibahagikan kepada beberapa kategori. 

KATEGORI PERTAMA: Bantu kumpulan tradionalist menghadapi kumpulan fundamentalist dengan cara:

1- Perbesarkan kritikan tradisionalis terhadap keganasan kumpulan fundamentalis dan ekstremisme dan galakkan perbezaan pendapat antara tradisionalis dan fundamentalis. 
2- Elakkan pakatan antara tradisionalis dan fundamentalis
3- Galakkan kerjasama antara modenis dan tradisionalis, dan tingkatkan kehadiran dan tokoh modenis di institusi tradisionalis
4- Diskriminasikan antara pelbagai sektor tradisionalisme
5- Galakkan mereka yang mempunyai pertalian rapat dengan modenisme - seperti Mazhab Hanafi sebagai mazhab yang berbeza dengan mazhab lain, untuk mengeluarkan pandangan hukum sehingga menjadi pandangan yang popular. Dengan cara ini boleh untuk melemahkan autoriti kuasa wahabi dan ia akan dilihat pandangan yang kebelakang
6- Galakkan populariti dan penerimaan penerimaan masyarakat dengan sufism



KATEGORI KEDUA: *Lawan dan tentang aliran fundamentalis dengan cara*

1- Cabar dan dedahkan pandangan mereka yang tidak tepat terhadap Islam
2- Tonjolkan hubungan mereka dengan kumpulan yang dan aktiviti yang menyalahi undang-undang
3- Perbesarkan akibat tindakan mereka yang menyalahi undang-undang
4- Tonjolkan ketidakmampuan mereka untuk memberikan manfaat dan pembangunan yang positif kepada masyarakat
5- Sasarkan propaganda di atas kepada orang muda, orang kampung, Muslim minoriti di barat dan wanita
6- Elakkan dari menunjukkan hormat atau kagum terhadap keganasan yang mereka lakukan, sebaliknya tunjukkan mereka sebagai pengganggu dan 
pengecut bukan sebagai wira jahat
7- Galakkan wartawan menyiasat korupsi, hipokrit, kegiatan tidak bermoral dalam kalangan mereka dan kumpulan terrorist

Nota: 
+ Fundamentalis (menurut RAND) ialah kumpulan yang mengambil berat tentang kenegaraan, memperjuangkan undang-undang Islam dan 
menubuhkan negara Islam. Barat memusuhi kumpulan ini. 

+ Tradisionalis (menurut RAND) ialah kumpulan Islam yang tidak kisah soal kenegaraan dan menumpukan kepada aspek kerohanian dan pembangunan Islam dalam diri sendiri, tanpa melibatkan kenegaraan. Barat boleh berkompromi dengan kumpulan ini. 

Sumber: Charles Bernard, 2014, Civil Democratic Islam, ms. 63-64. 

Bacaan lanjut: *Islam Menangani Kepelbagaian*, suntingan Dr. Muhamad Faisal Ashaari, 2016, terbitan Pertubuhan Pendakwah (Islam) Selangor, Kuala Lumpur. 

Post a Comment

0 Comments