KENAPA KOMUNIS, MARX DAN SOSIALISME DISERANG, BUKAN DEMOKRASI (Siri 2)

Ada pihak yang kurang senang apabila saya cuba jelaskan tentang perbezaan matlamat antara Islam dan Marxisme dan sosialisme. Mereka mendakwa kenapa tidak serang juga sistem demokrasi, sedangkan sistem ini juga bertentangan dengan Islam. 

Dia kata: 
"Sistem Demokrasi, sistem Kapitalis yang memanifestasikan sistem pilihan raya, first past the post, sistem parlimen Westminster dan seumpamanya. Adakah sistem ini semua sama matlamat dengan Islam? Adakah sistem ini mempunyai matlamat selepas mati? Banyak gerakan Islam yang terjebak dengan sistem ini. ......
Kenapa tak serang juga Demokrasi yang terang benderang kita amalkan? Pukul kena sama rata. Bagaimana dengan umat Islam yang terjebak dalam sistem ni ?



Di dalam blog myfaisalonline.blogspot.com, saya telah jelaskan bahawa sistem demokrasi adalah kemuncak kepada sistem sekularisme iaitu cara membuat keputusan yang semata-mata berlandaskan kepada akal dan lojik sahaja. Mungkin ramai yang keliru. Lawan kepada sistem demokrasi ialah sistem syura iaitu cara membuat keputusan berlandaskan kepada syara’. Sila lihat dan baca di sini untuk penjelasan lanjut, sila klik sini 
http://myfaisalonline.blogspot.my/2015/05/syura-bukan-bermaksud-mesyuarat-tetapi.html

Kalau ditanya, "Kenapa gerakan Islam tidak memerangi sistem demokrasi?” Jawapannya ialah penglibatan gerakan Islam dalam sistem demokrasi yang ada sekarang ialah untuk membawa masyarakat Islam kepada cara membuat keputusan berlandaskan syara’ iaitu mengikut al-Quran dan Hadis. Oleh sebab itu, gerakan Islam memperjuangkan perbankan Islam, hukum hudud, diyat, zakat dan lain-lain hukum kerana itu adalah cara hidup Islam. 

Menentang demokrasi bukan sebab namanya demokrasi, tetapi ia adalah cara membuat keputusan yang tidak berlandaskan syara’, tetapi mengikut akal manusia. 

Dia qoute kata-kata Tuan Guru Nik Aziz "Tokoh-tokoh demokrasi tak tahu sikit habuk pasal benda dalam kubur, pasal syurga neraka, benda2 ghaib” - Jawapannya - Ya betullah, menjadi tugas kita untuk mengajak dan mendakwah mereka sama-sama meyakini dan mempercayai alam ghaib dan dosa pahala. 

Cara menangani demokrasi (baca: cara membuat keputusan yang bukan berlandaskan syara) ada pendekatannya yang tersendiri di Malaysia yang berbeza dengan pendekatan menentang marxisme, komunisme, dan sosialisme. Malaysia mengamalkan sistem demokrasi, maka cara yang terbaik setakat ini untuk memperjuangkan Islam ialah dengan cara menyertai sistem berkenaan dengan matlamat untuk mengubah cara membuat keputusan berkenaan. 

Adapun marxisme, komunisme, dan sosialisme merupakan pemikiran yang tidak popular di Malaysia, maka tidak perlulah untuk membawanya ke sini. Ia akan menambahkan lagi kecelaruan masyarakat Islam di sini. Sudahlah tidak habis dengan Islam liberal, Islam moderate, nak bawa pula dengan Islam sosialis, atau mungkin juga Islam komunis. Msyarakat dan termasuk kita akan turut celaru. 


Post a Comment

0 Comments