WTC, Patani, Paris, Istanbul, Jakarta.. Siapa pula sasaran seterusnya?

Kini pengeboman di Rantau Asia Tenggara pula, apakah ia berkait dengan TPPA?

Umat Islam cuba diKAMBING HITAMkan oleh media barat atas kejadian di semua tempat itu bagi menggambarkan bahawa agama Islam adalah agama yang mendokong keganasan. Propaganda ini bertujuan untuk membolehkan mereka masuk campur tangan dalam hal ehwal Negara Islam yang berkenaan. Seterusnya, ia menjadi alasan untuk mereka mewujudkan pengkalan tentera bagi bekerjasama menghapuskan keganasan. Ia turut menjadi alasan untuk menghalalkan tindakan ketenteraan terhadap Negara Islam seperti di Iraq dan Afghanistan.



Saya tidak menolak kemungkinan pengeboman itu dilakukan oleh orang Islam, tetapi kemungkinan itu adalah amatlah kecil. Saya lebih yakin bahawa ia dirancang oleh pihak tertentu bagi mewujudkan satu suasana yang panik bagi memburukkan Islam dan juga untuk memberikan tekanan kepada kerajaan di rantau berkenaan untuk menerima agenda kuasa besar (baca: US). Ini kerana, pemilihan tempat tragedi itu tidak berlaku secara kebetulan, tetapi atas sebab yang direncanakan lebih awal lagi yang tentunya untuk menjaga kepentingan strategik US. 
Memahami politik antarabangsa tidak boleh secara selapis, tetapi perlu difahami secara berlapis lapis kerana ia adalah percaturan yang dipenuhi dengan helah, kelicikan dan perancangan halus untuk menjaga kepentingan strategik sesebuah negara. Ianya agak rumit untuk difahami khasnya kepada orang awam yang terpengaruh dengan emosi di samping maklumat yang terhad. 

Pada tahun 1996, kumpulan Taliban telah mengambil alih pemerintahan di Afghanistan dan pendekatan mereka yang agak ekstreme telah menyebabkan US merasakan Taliban merupakan ancaman kepada kepentingan mereka. Sekiranya, banyak lagi negara yang mengikuti jejak Taliban, ini akan memburukkan lagi keadaan. Oleh sebab itu, US telah menjadikan alasan tragedy 9/11 sebagai alasan untuk memerangi Afghanistan dan menjatuhkan kerajaan Taliban. 

Dari sudut teori konspirasi, tidak boleh untuk menolak kemungkinan bahawa kemunculan negara Taliban juga adalah hasil perancangan halus US untuk mewujudkan sebuah negara Islam yang membawa pendekatan yang keras seperti mana ISIS/ ISIL pada hari ini. Akhirnya, mereka bukan sahaja menjatuhkan kerajaan Taliban, malahan termasuk negara Islam yang menghalang kepentingan strategik mereka. Dengan ISIS/ ISIL pula, mereka telah berjaya menakutkan negara Islam agar bersama mereka atau sekurang-kurangnya tidak mengganggu kepentingan mereka. Selepas itu, mereka melakukan kempen besar-besaran untuk menghapuskan semua gerakan terutamanya gerakan Islam atas nama menghapus keganasan.

Mereka mengaitkan aktiviti keganasan itu dengan umat Islam bagi berhadapan dengan kebangkitan Islam apabila mereka lihat ramai orang yang memeluk Islam dan kesedaran Islam semakin baik untuk mewujudkan Negara Islam. Kecenderungan ini membahayakan kepentingan strategic US kerana orang Islam yang baik fahaman agamanya pasti akan menolak nilai-nilai yang dibawa oleh US. 

Perkara ini merupakan rahsia umum kerana maklumat seperti ini boleh didapati dalam tulisan seperti yang dikeluarkan oleh RAND Corp yang merupakan salah satu badan perisikan di bawah tentera US. Ia telah memberikan maklumat lanjut di dalam web tentang perancangan US dalam berhadapan dengan kebangkitan politik Islam sejak 10 tahun yang lalu. Kini mereka sedang melaksanakan perancangan itu. 
Berikut adalah 4 buku berkenaan

Civil Democratic Islam - Diterbitkan pada 2003



Buliting Moderate Muslim Networks - Diterbitkan pada 2007


The Future of the Long War - Diterbitkan pada 2008



The Muslim World after 9/11 - Diterbitkan pada 2010 
http://www.rand.org/content/dam/rand/pubs/monographs/2004/RAND_MG246.pdf



Apakah serangan di Jakarta itu ada kaitan dengan TPPA? Wallahu A’lam. 
Semoga Allah melindungi kita semua. 

Post a Comment

0 Comments