ANDA MUSLIM: ANDA MUSUH BARAT? (Siri 2)

Seorang Muslim yang baik pasti akan menolak nilai-nilai barat dan Barat akan menganggap anda sebagai pelampau agama. 


Sekiranya anda menolak segala nilai-nilai barat, adakah anda musuh barat? Ya, barat menganggap anda sebagai musuhnya kerana tidak menerima nilai-nilai mereka. Samuel P. Huntington telah menjelaskan pada 1988 dengan istilah "Clash of Civilzation” di mana dalam artikel ini beliau menjelaskan bahawa semua tamadun selain dari Islam seperti Tamadun China, India, Jepun dll boleh menyesuaikan diri dengan tamadun barat. Tetapi, tamadun Islam tidak boleh. 




1- Adakah anda menerima konsep kebebasan mutlak? Kalau YA, bermakna anda setuju dengan LGBT dan tukar jantina. 

2- Adakah anda menerima kepercayaan tiada kebenaran mutlak? Kalau YA, bermakna anda setuju bahawa semua agama itu sama. 

3- Adakah anda menerima hak privasi? Kalau YA, bermakna anda tidak bersetuju dengan konsep dakwah dan amar makruf/ nahi mungkar yang merupakan asas penting di dalam Islam. 

4- Adakah anda menerima demokrasi mutlak? Kalau YA, bermakna anda menolak al-Quran sebagai asas dalam menentukan kebenaran. Ini kerana dalam demokrasi, kebenaran ditentukan berdasarkan kepada suara ramai. Ini berbeza dengan Islam yang menentukan kebenaran berteraskan kepada al-Quran melainkan dalam perkara yang tidak terdapat hukum di dalamnya. Tetapi masih lagi perlu berdasarkan kepada maqasid Islam. 

5- Adakah anda menerima sekularism? Kalau YA, bermakna anda tidak bersetuju dengan agama yang sifatnya mengikat manusia. Sekularism bermakna anda boleh pilih agama ikut suka anda dan hanya menganggap agama berkaitan dengan kerohanian sahaja. 

Sebagai orang Islam yang benar-benar beriman kepada Allah, pasti anda akan menolak nilai-nilai di atas. Namun semua nilai itu adalah nilai yang dipegang oleh BARAT  (baca: Amerika). Sekiranya anda tidak suka kepada nilai itu, bermakna anda menolak nilai BARAT. Manakala BARAT menganggap anda adalah musuhnya, kerana pegangan anda itu akan mengancam kepentingannya. 

ANDA MUSUH BARAT? 
Kita bukan bermusuh dengan barat, tetapi kita menolak nilai yang dibawa oleh barat kerana ia bercanggah dengan agama kita. 

Apa yang pasti, Barat tidak suka anda menjadi seorang yang kuat beragama dan menganggap anda sebagai pelampau agama dan ekstremis. Orang yang kuat berpegang dengan Islam, tidak akan bersetuju dengan barat, maka barat menganggap ini adalah suatu ancaman kepada mereka. Untuk memoderatekan atau menyederhanakan ancaman ini, barat akan pastikan umat Islam tidak kuat agama dan hanya biasa-biasa sahaja. Too Religious adalah bermasalah bagi mereka. Maka, "Islam Sederhana” diperkenalkan untuk moderate kan umat Islam. 

BARAT BERUSAHA MENYEDERHANAKAN (AGAMA ANDA)


Post a Comment

0 Comments