SIRI 22: QIYAMULLAIL DAN PENGURUSAN TIDUR

Pengurusan masa tidur yang berkesan sangat penting di dalam Islam kerana ia berkait dengan nafsu dan keinginan manusia. Di kala keinginan manusia yang tinggi kepada tidur pada waktu pagi, ada insan yang berhati mulia bersengkang mata untuk melaksanakan perintah Allah. Ibadat sunat tahajjud dan seumpama dengannya bukanlah suatu kewajipan, tetapi usaha manusia bersengkang mata melaksanakan perkara ini demi untuk menunjukkan cinta dan sayangnya pada Allah. Orang ini ialah orang yang kuat rohaninya kerana mengekang keperluan fizikalnya kepada tidur. Orang yang kuat rohaninya sahaja bersedia melakukan amal kebajikan kerana perkara kebajikan ini tidak digemari oleh nafsu.




Berikut adalah sedikit sebanyak panduan am tentang Qiyamullail.

1- Solat yang sangat digalakkan untuk dilakukan ketika malam ialah solat tahajjud. Ia boleh dilakukan sekurang-kurangnya 2 rakaat. Bagi mereka yang ingin melakukan solat malam yang panjang bacaannya, mulakan dahulu dengan dua rakaat yang ringkas, kemudian diikuti dengan solat yang panjang. Selain tahajjud, ialah solat taubat dan hajat dll.


2- Asas solat malam dilakukan secara bersendirian dan dengan suara yang perlahan. Tapi, kalau ada yang nak buat secara berjemaah tiada halangan. Bilangan rakaat pula tidak lebih dari 11 rakaat kerana Rasulullah tidak solat lebih dari itu.

3- Waktu Solat tahajjud itu bermula 1/3 terakhir malam. Sebaiknya tidur dahulu. Tapi kalau tidak tidur, tidak semestinya tidak boleh buat solat tahajjud.

4- Qiyamulail tidak semestinya dengan solat tahajjud. Ini kerana maksud qiyamualail itu ialah membangunkan malam. Pelbagai amalan sunat yang lain boleh juga dilakukan seperti membaca al-Quran, berzikir dan sebagainya.

5- Tidak semestinya qiamullail dengan solat tasbih. Bila solat tasbih je, Qiamulail la tu. Solat tahajjud lebih afdal kerana ia datang dengan dalil yang kuat, manakala solat tasbih datang dengan hadis yang daif. Walau bagaimanapun, solat sunat tasbih ini boleh dilakukan kerana ia masih mempunyai dalil.

6- Bagi yang mengejar amalan sunat, janganlah abaikan amalan fardu. Walau bagaimana hebat pahala dan kelebihan amalan sunat, hebat lagi amalan fardu. Justeru, tidak boleh mengabaikan yang fardu semata-mata amalan sunat.

7- Solat witir pada satu malam hanya sekali sahaja. Sesiapa yg melakukan witir selepas tarawih, tidak perlu lagi mengulang witir sekali lagi bila dia bangun solat malam. Afdal solat witir tiga rakaat dengan dua salam, walau pun boleh juga 3 rakaat dengan satu salam. 


Post a Comment

0 Comments