SYURA BUKAN MESYUARAT TETAPI SISTEM YANG BERLAWANAN DENGAN DEMOKRASI?

((DEMOKRASI)) ialah menentukan kebenaran berdasarkan kepada suara ramai. Manakala ((SYURA)) pula ialah menentukan kebenaran berdasarkan kepada Al-Quran dan Hadis. 

Syura seringkali didefinisikan dengan makna mesyuarat dan juga "kesepakatan". Namun, bukanlah semua jenis "syura" membawa maksud demikian. Sekiranya "syura" dibincangkan dari perspektif demokrasi atau perbandingannya dengan sistem demokrasi, "syura" membawa erti suatu kaedah dalam menentukan kebenaran berdasarkan kepada wahyu dan dalam masa yang sama turut menerima akal sebagai panduan. Kedudukan wahyu lebih tinggi dari akal dengan maksud, cadangan dan keputusan dari akal tidak boleh bercanggah dengan wahyu. 

Dalam sistem demokrasi juga terdapat mesyuarat, malahan tatacara mesyuarat dalam demokrasi mungkin lebih hebat lagi kerana kebenaran dalam demokrasi ditentukan  berdasarkan kepada suara majoriti.   


Demokrasi hanya menggunakan akal semata-mata kerana mereka bergerak atas prinsip sekularisme, liberalisme, rationalisme, humanisme, human right, pluralisme. Ke semua ini adalah nilai yang terdapat dalam sistem barat dan Islam menolak semua nilai-nilai ini. 

Dalam syura ada kebebasan mengeluarkan pandangan, tetapi tidak boleh sehingga merobah perkara yang sangat asas dalam agama yang biasanya ditentukan dalam nas yang jelas thubut dan dilalahnya


Demokrasi berteraskan kepada
1Sekularisme - menolak agama atau memilih milh hukum yang dianggap sesuai atau tidak kisah pasal agama. 
2. Liberalisme - melepaskan diri dari sebarang ikatan peraturan yang berteraskan agama
3. Rationalisme - mengukur sesuatu berteraskan kepada rasional 
4Humanisme - mementingkan aspek kemanusiaan sahaja. Bukan aspek ketuhanan, dosa pahala dll. 
5Human right - Oleh kerana tiada panduan wahyu sebagai panduan dalam membuat undang-undang dan polisi, maka semua panduan diambil dari fikiran manusia. Mereka biasanya mementingkan diri sendiri dan bercakap tentang kepentingan masing2. 
Huraian lanjut tentang hak asasi boleh dilihat di sini 

6. Pluralisme - Apabila manusia semua bercakap mengikut hak mereka, dan masing-masing berhujah dengan kekuatan raional, maka tiada siapa yang dapat membuktikan mana yang betul dan yang salah. Oleh sebab itu mereka berpegang dengan “tiada kebenaran mutlak”. 
7Demokrasi- Untuk menentukan mana yang betul dan mana yang salah, ia berdasarkan kepada suara ramai. Itulah demokrasi. 

Kita mahukan sistem syura iaitu sebuah sistem yang meletakkan cara membuat keputusan itu mestilah berlandaskan kepada wahyu. Walau bagaimanapun, kaedah dan cara pelaksanaannya terpulang kepada kebijaksanaan kita berdasarkan kepada situasi dan keadaan. Di dalam rumah, pejabat, organisasi, pertubuhan, negeri dan negara, semuanya ada mesyuarat. Apa yang perlu dipastikan bahawa setiap keputusan itu mestilah berlandaskan kepada hukum dan prinsip Islam. Justeru, mereka perlulah merujuk kepada orang atau pakar dalam bidang yang berkaitan. Maka pelaksanaan cara membuat keputusan yang dikenali sebagai (syura) adalah adalah bebas.

Di dalam gerakan Islam, adab dalam syura (mesyuarat) amat ditekankan iaitu dalam hal penerimaan hasil dari mesyuarat. Ini penting agar semua pihak akur dengan keputusan mesyuarat biarpun bertentangan dengan pandangan peribadinya. Ketika ini, syura membawa maksud mesyuarat. Di dalam hal ini, sistem demokrasi pun perlu menerima konsep ini kerana mesyuarat itu tidak berfaedah sekiranya tidak dipatuhi.


Sheikh Muhammad Abdullah Khatib berkata:


وفي ظل الشورى للأفراد أن يبدوا آراءهم، وحينما تنتهى الجماعة إلى رأي على الجميع الالتزام به توحيدا للكلمة والتوجه، ولا يجوز لصاحب الرأي المخالف أن يتحدث بعد ذلك عن رأيه داخل الصف ، حتى لو أثبتت التجربة أن رأيه الذي لم يوخذ به كان الأصوب ، فلأن يجتمع الصف على الصواب خير من أن يفترق حول الأصوب. ففي الاجتمتع على الصواب يمكن أن نصل إلى الأصوب، أما لو حدث الافتراق فلن يكون هناك اجتماع على صواب ، ولا على أصوب.
المرحوم الشيخ محمد عبد الله الخطيب في كتابه نظرات في رسالة التعاليم
Terjemahannya:
Dan di bawah naungan syura (mesyuarat), setiap ahli mesyuarat boleh mengutarakan pendapatnya. Tatkala Jemaah telah sepakat memutuskan sesuatu keputusan, maka semua ahli mesyuarat wajib beriltizam dengan keputusan tersebut demi menjaga kesatuan dan hala tuju Jemaah. Bagi mereka yang mempunyai pendapat berbeza, tidak boleh lagi membicarakan pendapatnya itu di dalam saf jemaah meskipun pengalaman membuktikan bahawa pendapatnya (yang tidak diterima itu) yang lebih tepat. Kesatuan saf dalam berpegang pada sesuatu pendapat yang betul (الصواب) lebih baik daripada berpecah- belah untuk mencari pendapat yang lebih betul (الأصوب). Ini kerana kesatuan jemaah pada hasil syura akan dapat menyampaikan Jemaah pada sasaran yang lebih tepat. Sebaliknya, bila terjadi perpecahan maka tiada mungkin dapat menghasilkan kesepakatan pada mencari kebenaran, apatah lagi pada mencari keputusan yang lebih tepat.

Nota - Demokrasi yg dimaksudkan dalam tulisan ini ialah demokrasi tulen ala barat. 


Post a Comment

0 Comments