Wujudkah Tuhan dan dosa? Saya tidak melihatnya? (Agnostik)

KEWUJUDAN TUHAN

Tuhan tidak wujud melainkan sekiranya dapat dilihat” adalah premis yang salah dalam usaha mencari ketuhanan. Premis yang betul ialah “Tuhan tidak wujud melainkan sekiranya dapat dibuktikan”. Apa beza antara kedua premis itu?
Menggunakan premis pembuktian “menerusi penglihatan” semata-mata untuk mengesahkan kewujudan sesuatu perkara merupakan metode yang salah kerana realiti di dalam kehiupan manusia akan memperakui kewujudan sesuatu perkara biarpun dia tidak dapat melihat sesuatu itu.
Contohnya:
- Siapa yang dapat melihat letrik?
Kewujudan letrik dibuktikan dengan lampu yang menyala yang bersambung dengan wayar yang telah dipasang suis. Apabila lampu menyala, ia menandakan letrik ada.
- Apabila ada kesan tapak kaki yang basah di atas lantai, kita yakin bahawa ada orang yang melangkah di situ walaupn tidak melihatnya.
- Siapa yang dapat melihat pada waktu malam yang gelap? 
Terdapat batu besar di hadapannya. Oleh kerana malam itu gelap, ia tidak dapat melihat apa-apa, bolehkah dia menafikan kewujudan sebuah batu sedangkan batu yang besar betul-betul di hadapannya. Sebenarnya matanya sahaja yang tidak nampak, tetapi batu itu tetap ada. Dalam masa yang sama, seekor kelawar dapat melihat batu itu biarpun pada malam yang gelap gelita, kerana keistimewaan mata kelawar ialah boleh nampak pada waktu malam yang gelap dan tidak nampak pada waktu siang yang terang benderang.

Justeru, metode pembuktian mestilah digunakan. Dalam kehidupan seharian kita, betapa banyak perkara yang kita tidak lihat, tetapi kita percaya aja. Contoh: Bila ada bunyi ketuk pintu, kita faham ada orang datang. Banyak lagi lah kalau nak bagi contoh. Kewujudan tuhan dibuktikan dengan kewujudan makhluk kerana kewujudan setiap sesuatu makhluk itu mestilah dengan pencipta. Tidak semestinya dilihat, tetapi dibuktikan sahaja sudah mencukupi. Kewujudan tuhan perlu diyakini biarpun kita tidak melihatnya.

KEWUJUDAN DOSA

Kita percaya cakap seorang doctor tentang system badan kita atau pun penyakit yang terkena pada badan biarpun kita tidak melihatnya. Kita percaya cakap seorang kawan yang telah pergi ke Mekah tentang kewujudan Kaabah biarpun kita tidak melihatnya. Banyak lagi benda yang kita percaya dari perkhabaran yang dipercayai kesahihannya biarpun kita tidak melihatnya. 


Kewujudan dosa telah diberitahu di dalam al-Quran dan hadis yang merupakan dua kitab suci yang cukup berautoriti. Biarpun kita tidak dapat melihatnya, tetapi oleh kerana ia dikhabar oleh sumber yang berautoriti, kita perlu percaya.


Kemajuan dunia pada hari ini berpaksikan kepada sains dan teknologi yang methodologinya adalah emperikal. Setiap hari manusia dihadapkan dengan kebendaan sehingga melupakan ketuhanan yang walaupun tidak nampak, tetapi ia tetap ada.
Berdasarkan kepada pernyataan A atau B di bawah, pernyataan manakah yang manusia lebih yakin? 
A-    Teknologi dapat dilihat, dipegang dan malah DINIKMATI,
B-     Tuhan tidak dapat dilihat.


Oleh kerana pengaruh teknologi itu sangat tinggi dalam kehidupan manusia, itulah yang menyebabkan manusia rasa kurang yakin dengan Allah semata-mata kerana tidak dapat dilihat oleh mata kasar.

Kesimpulan
Kewujudan sesuatu perkara menerusi
1.      Bukti
2.      Perkhabaran yang berautoriti

Post a Comment

1 Comments

prihatin said…
Angin tetap ada walaupun tak terasa tiupannya. Haba tetap ada walau tak rasa panasnya.telinga sendiri tetap ada walau tak boleh lihat dgn mata sendiri. Maknanya bukan srmua yg ada mesti nampak mesti terasa oleh pancaindera. Allah ada dgn bukti yg terlalu banyak. Bukti dari keajaipan makhluk ciptaanNya. Klau ikut lojik pun mustahil makhluk itu jadi dgn sendiri.mesti ada yg cipta n atur .Allah namaNya. Semua boleh guna n sebut namaNya .cuma jangan salah faham n salah guna saja seperti mereka yg percaya tuhan banyak tak bolehlah panggil tuhan2 tu Allah.