Jika Hudud untuk orang Islam sahaja, non-Muslim dilepaskan?

Ramasami berzina dengan Minah. Apabila mereka ditangkap, apakah Ramasami dilepaskan? 

Sebagai undang-undang yang mengawal selia rakyat, setiap pesalah termasuk yang bersubahat akan dikenakan tindakan dan tidak dilepaskan begitu sahaja. Dalam kes di atas, Ramasami tidak semudah itu dibebaskan atas alasan ia bukan Islam. Ia boleh dikenakan tindakan undang-undang atas kesalahan bersubahat dengan orang Islam dalam melakukan kesalahan. Suatu akta boleh diwujudkan khusus bagi memastikan semua yang terlibat dengan pelanggaran undang-undang diambil tindakan. 


Analogi 

Seorang tentera yang lari daripada kem dan ingin menjadi orang biasa, tidak boleh berbuat demikian kerana ia telah bersetuju dari awal lagi untuk menjadi seorang tentera. Kad pengenalannya telah diubah kepada IC tentera sebagai bukti bahawa statusnya sebagai tentera adalah rasmi. Ia tidak boleh buat alasan letih dan tidak tahan, lalu melarikan diri daripada kem. Sekiranya ia berbuat demikian, ia akan ditangkap dan dibicarakan di mahkamah tentera. 

Sekiranya ibu bapanya melindunginya seperti menyembunyikannya, adakah mereka boleh didakwa? Mereka bukan tentera, kenapa pula mereka perlu didakwa? Samalah seperti kes Ramasami dan Minah kerana Ramasami adalah non-Muslim. Kenapa pula ia boleh diambil tindakan? 

Dalam kes Ibu bapa tentera yang menyembunyikannya, mereka boleh didakwa tetapi bukan dimahkamah tentera, tetapi di mahkamah sivil kerana bersubahat melarikan anaknya. Samalah dalam kes Ramasami dan Minah, di mana Ramasami akan boleh dibicarakan di Mahkamah Sivil. Manakala Minah dibicarakan di Mahkamah Syariah. 

Post a Comment

0 Comments