Agama candu masyarakat ?

"Agama menjadi candu masyarakat" apabila
1- Kita solat tapi tidak faham kenapa kita solat
2- Kita berdoa, tapi tidak faham apa yang didoakan
3- Kita berselawat, tapi tidak faham apa makna selawat
4- Kita baca Quran, tapi al-fatihah pun tak tau maksudnya
5- Kita sembah Allah, tapi tak dapat nak jawab soalan "kenapa kita tak nampak Allah?"
6- Kita beriman dengan malaikat, tapi tak dapat nak jawab "kenapa perlu ada malaikat, sedangkan Allah berkuasa?"
7-
8-

Agama menjadi candu masyarakat - apabila kita buat amalan tanpa ilmu pengetahuan dan tanpa kefahaman.




Agama adalah suatu yang kudus dan suci manakala candu pula mengkhayalkan. Apa kaitannya?

Ia adalah ungkapan seorang Komunis yang tidak percaya kepada tuhan. Dia menujukan kata-kata ini kepada pemimpin gereja yang memanipulasi gereja untuk memeras duit rakyat atas nama agama. Rakyat yang mendengar arahan pemerintah mengikut ketetapan itu dengan rela tanpa dapat berfikir secara lojik atas asas apakah perintah itu diamalkan. Mereka terkena dengan candu "perintah agama" sehingga menjadi rela dan redo atas apa yang berlaku dan sebagai balasannya adalah Syurga.
 
Marx menentang segala bentuk penindasan atas nama agama kerana ia memang mencandukan masyarakat. Atas nama agama sahaja, mereka sanggup berbuat apa sahaja walaupun miskin, susah, malah sehingga mati sekalipun. Islam pula bagaimana? Kerana ada di dalam Islam seperti mati Syahid dan sedekah kepada orang lain tanpa balasan. Adakah Islam juga candu kepada orang Islam?.
 
Ada dua perspektif bagi menjawab persoalan ini iaitu:
 
Pertama- Kerja, tawakkal dan redo bukan candu.
 
Terdapat di dalam rukun iman yang keenam itu ialah beriman kepada qada dan qadar. Iaitu mengimani bahawa apa yg berlaku, sama ada buruk atau pun baik, adalah dengan ketentuan Allah yg tidak mampu bg seseorang manusia menolaknya. Ungkapan seperti sabar, tawakkal dan sebagainya hanya diungkapkan selepas semua usaha dan ikhtiyar telah pun dilakukan. Pendekatan ini bukan mencandukan masyarakat, tetapi inilah iman kepada qada qadar yang Allah letakkan sebagai sebagai salah satu cara dalam menangani realiti kehidupan. Ada org susah, ada org miskin, ada yg kaya, dll. Kalau tiada iman ini org akan memberontak atau kecewa di dalam kehidupan, lalu membunuh diri.
Namun, ketika agama digunakan untuk menutup kelemahan sesuatu tindakan atau mencari alasan sebelum sesuatu tindakan yg berkesan dilakukan atau memeras wang dan keringat rakyat – kemudian diminta untuk bersabar, redo, syukur - maka ia adalah mencandukan masyarakat dengan agama.
Kedua - Agama perlu dengan ilmu.
 
Islam adalah agama yang sesuai dengan akal manusia. Kenyataan Marx itu ternyata meleset kerana Islam bukan kudus sehingga tidak boleh difahami. Sungguhpun ada di dalam Islam perkara yang gagal ditanggapi oleh akal tetapi kebanyakannya dapat difahami secara lojik. Masalahnya ialah orang Islam tidak dapat menjawab sehingga kepada persoalan basic di dalam agama seperti yang digariskan di atas. Ini menyebabkan agama dibuat atas dasar ikut-ikutan sahaja tanpa mengetahui asas kepada amalan itu. Dengan kata lain, dia rela dan sanggup melakukan amalan yang tidak difahaminya itu setiap hari walaupun dia tidak faham. Herankan.. kenapa? Mungkin agak kasar bunyinya, tetapi itulah ungkapan yang diberikan oleh Marx. Tetapi sekiranya orang Islam tidak faham Islam dalam perkara yang sangat basic, mungkin apa yang dikatakan oleh Marx ini ada benarnya.
 
 
 

Post a Comment

0 Comments