PERBINCANGAN SEMASA MAJLIS PERTUNANGAN: APA YG PATUT KITA TAHU


Berikut adalah sedikit pengalaman dalam menghadiri dan mengendalikan majlis pertunangan yang boleh dijadikan panduan oleh pasangan, ibu bapa dan juga jurucakap bagi pasangan. Hal ini perlu diketahui oleh pasangan bagi merancang majlis pertunangan terutamanya pada musim cuti sekolah ini adalah musim orang kenduri kahwin dan juga bertunang. 

Pada asasnya, bertunang ialah menyatakan hasrat kepada pihak perempuan keinginan untuk berkahwin. Namun, ada beberapa adat yang dibincangkan ketika majlis pertunangan. Antaranya:
 
1- Menentukan kadar wang hantaran atau "belanja hangus"

Ia adalah wang hantaran yang dibawa oleh pengantin lelaki yang biasanya diserahkan kepada keluarga pengantin perempuan untuk perbelanjaan kenduri. Kadar adalah mengikut tempat dan wanita itu sendiri. Biasanya antara rm5k- 10k. 

2- Menentukan mahar atau atau mas kahwin atau "belanja tubuh"
Wang ini mesti diserahkan kepada pengantin perempuan kerana itu adalah haknya. Kadar adalah mengikut tempat dan kedudukan wanita itu sendiri. Mengikut Jab Agama Negeri, penetapan ditentukan berbeza mengikut negeri seperti rm101, rm300, rm1001. Ada yg maharnya hanya sebuah Quran sahaja.



3- Menentukan tempoh pertunangan
Sebaiknya kurang dari setahun. Kalau lebih dari itu, dikhuatiri pasangan berkenaan rasa bosan. Tetapi sekiranya ada perkara lain yang lebih diutamakan seperti duduk berjauhan yang tidak dapat dielakkan, maka boleh difikirkan kesesuaian tempoh. 


4. Langkah bendul

Kalau perempuan ada kakak yang belum kahwin, pihak lelaki patut bawa apa2 pemberian (mengikut adat setempat) seperti sepasang persalinan atau cincin atau apa-apa yang sesuai. Walau bagaimanapun, ia hanyalah adat sahaja. 

5- Membawa wang hantaran semasa pertunangan

Tidak perlu membawa wang hantaran kerana kadarnya akan ditentukan dalam majlis pertunangan itu. Ada juga keadaan kadar wang hantaran yang telah dibincangkan terlebih dahulu sebelum majlis pertunangan, dan majlis berkenaan hanyalah mengesahkan sahaja kadar yang telah dipersetujui. Ini lebih manis untuk mengelak tawar menawar dalam majlis pertunangan. 
Boleh juga membawa separuh wang hantaran semasa pertunangan, sekiranya dipersetujui. 
 
6- Membawa cincin pertunangan
Biasanya cincin ini tidak mahal iaitu sekitar bawah rm 500. 

7- Membawa hadiah 
Ini adalah pilihan, bukan kemestian. Contohnya baju, buahan, telekung, perhiasan, apa2 lah. 

8- Serba satu
Ada juga sesetengah pihak perempuan minta serba satu selain dari belanja hangus dan mahar. Ia bermakaud pakaian serba satu dari hujung kaki sampai rambut.


9- Kedua2 pihak boleh juga membuat persefahaman tentang status pemberian dan pertunangan 

A- Kalau kegagalan disebabkan kematian - biasanya wang hantaran diberi semula 
B- Kalau kegagalan berpunca dari pihak lelaki - biasanya wang hantaran tidak diberi semula 
C- Kalau kegagalan berpunca dari pihak perempuan - biasanya wang hantaran diberi semula 

10. Ada setengah tempat dipercayai di Pahang, menulis semua butiran perbincangan dan kertas perjanjian itu diberikan kepada kedua belah pihak. 

11. Inilah yang diamalkan oleh orang kebanyakan di Malaysia. Mungkin ada tambahan atau pengurangan, bergantung  kepada adat setempat. Sekiranya ada yang tidak ikut adat ini, tiada masalah. Sekiranya ada nak mengenakan pelbagai syarat dan belanja perkahwinan yang tinggi, berpada2 lah. 

KESEDERHANAAN ITU PENTING KERANA PERBELANJAAN YG BANYAK DAN BERLEBIHAN DALAM MAJLIS PERKAHWINAN MUNGKIN MEMBEBANKAN, MALAHAN MEMBAZIR. 
PERLU DIFIKIRKAN JUGA PERSEDIAAN SELEPAS KAHWIN.
Elakkan kenduri sehari, berhutang 5 tahun.

Post a Comment

0 Comments