Konsep “Jama'at al-Muslimin” dan kewajipan meletakkan komitmen kepadanya


Artikel ini menghujahkan bahawa “Jama'at al-Muslimin”mempunyai dua maksud iaitu komited dengan kebenaran dan komited dengan perpaduan dibawah pemerintahan Islam. Perkara ini telah disokong dengan hadith dan dipersetujui oleh beberapa Ulama silam. Seterusnya artikel ini menghuraikan perselisihan ulama semasa dalam menanggapi persoalan “Jama'at al-Muslimin”. Ada antara mereka yang mengatakan bahawa ia merujuk kepada ahl al-halli wa al-'aqdi yang bersepakat menyokong seorang pemimpin, merujuk kepada kebenaran, dan yang merujuk kepada ahli ilmu. Artikel ini seterusnya memberikan tiga saranan pendekatan yang perlu diberikan oleh orang Islam pada masa ini untuk memperkemaskan “Jama'at al-Muslimin” di dalam sesebuah kerajaan yang diperintah oleh orang Islam iaitu dengan menubuhkan parti politik untuk melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar, menubuhkan organisasi agama dan dakwah, bergerak di bawah kerajaan yang sedia ada. Ketika mana orang Islam berada di dalam negara yang bukan Islam; apabila mereka merupakan kumpulan minoriti maka tanggungjawab dakwah tidak boleh dilepaskan dan apabila mereka merupakan kumpulan majoriti, maka tugas mereka ialah mempengaruhi rakyat dan kerajaan yang sedia ada ke arah menjadikan Islam sebagai cara hidup.


Akan diterbitkan di dalam Jurnal Islamiyyat, Fakulti Pengajian Islam,UKM.

Artikel ini di dalam bahasa arab. Sila klik.

Muhamad Faisal Ashaari. (2008). Mada Iltizam bi Jama'at al-Muslimin. Jurnal Islamiyyat, Vol 30.




Post a Comment

0 Comments