Kenapa ilmu agama perlu dihidupkan (Ihya ulum al-din)

Peranan Imam al-Ghazali sangat besar kerana beliau berhadapan dengan sebahagian ahli ilmu yang disifatkannya sebagai (su’) jahat kerana terpesona dengan falsafah Greek yang mengagongkan akal dan pemikiran. Sampai pada satu tahap, beliau telah membidas golongan ini dan menyenaraikan 20 perkara yang membawa kepada masalah akidah. 3 perkara daripadanya membawa kepada kekufuran. Oleh sebab itu, beliau telah menulis Ihya’ Ulum al-Din dan hampir keseluruhan bab di dalam kitab Ihya cuba menyelesaikan permasalahan sikap dan akhlak ulama jahat. Permasalahan hati perlu diselesaikan kerana pencari ilmu yang tertipu dengan ilmunya akan membawa kepada natijah yang tidak baik. Mereka mencari ilmu dengan tujuan untuk berbalah dengan orang bodoh utk tunjuk pandai, berbangga, mengagungkan akal dan sebagainya; bukan dengan tujuan untuk mencari keredoaan Allah.



Bagi beliau, tahap ilmu manusia yang tertinggi itu ialah ilmu yang diberi oleh Allah melalui jalan kasyaf yang terhasil daripada hubungan yang baik seseorang itu dengan Allah. Orang yang banyak melakukan amalan kebajikan, akan dibuka pintu hatinya oleh Allah swt kepada ilmu-ilmu ini yang tidak diperolehi oleh orang-orang biasa. Kemudian barulah ilmu yang dicapai dengan usaha akal manusia. Beliau memperkenalkan ini lantaran pada ketika itu, masyarakat Islam terfitnah dengan seruan memperkasakan penggunaan akal dan terpesona dengan falsafah Greek. Oleh sebab itu, bagi beliau seseorang manusia perlu akur sepaling hebat ilmu manusia tidak sehebat Allah kerana ilmi yang dianugerahkan kepada manusia hanyalah sedikit sahaja.

Dengan kata lain, apabila Allah kata haram, janganlah buat. Bila tutup aurat itu wajib, tutuplah, Janganlah ngada-ngada nak bukak.

Bila membaca dan mengajar Ihya’ Ulum al-Din, tidak sekadar ilmu memperbaiki hati sahaja yang diambil tetapi apa yang perlu dihadamkan ialah permasalahan bongkak manusia dengan pangkat, ilmu, kuasa dan sebagainya. Paling penting ialah pada masa kini orang merasa sudah pandai dan bijak; dan tidak perlu lagi kepada peraturan daripada tuhan. Semuanya boleh dicari sendiri. Nak apa, semuanya ada. Klik dalam google, semuanya ada.

Imam al-Ghazali menjelaskan bahawa, ilmu yang ditekuni oleh manusia semata-mata dengan akal sahaja tidak sepower orang yang memperoleh ilmu menerusi ilmu laduni. Ilmu itu ada tahap dan peringkat. Ilmu ada tahap?. Ya, sebagai contoh ilmu kanak-kanak tidak sama dengan ilmu orang dewasa. Ilmu Allah tidak sama dengan ilmu makhluk.

Post a Comment

0 Comments