Saturday, March 21, 2009

Islamicisation ganti kepada Islamization

Hari ini sempat menghadiri satu wacana ilmiyyah yang bertajuk “Islamization of Human Knowledge: Why and what? yang disampaikan oleh Tan Sri Prof. Muhammad Kamal Hasan di UIAM. Beliau telah memperkenalkan nama baru kepada Islamization of human knowledge iaitu Islamicisation bagi menggantikan Islamization. Bagi beliau, Islamicisation adalah lebih tepat kerana beberapa alasan:




1. Maksud Islamization ialah mengislamkan sedangkan maksud Islamicisation untuk mengharmonikan semua semua perkara dengan Islam sebagai mana yang pernah diungkapkan oleh Prof. Muhammad Hamidullah.
2. Islamization berasal daripada perkataan Islam manakala perkataan Islamicization berasal dari Islamic. Keduanya mempunyai perbezaan
a. Islamic bermaksud “berkaitan dengan Islam” seperti Islamic history dan Islamic conference.
b. Islamic bermaksud “sejajar dengan Islam” seperti Islamic food, Islamic dress code dan Islamic neighborhood.
c. Islamic bermaksud “bertepatan dengan Islam” seperti Islamic banking, Islamic law dan Islamic creed.
3. Islamization membawa erti mengislamkan manakala Islamicisation bermaksud sesuai dengan ajaran Islam. Kalau kita lihat bandar Tokyo bersih kita akan kata sesuai dengan Islam. Kita tidak kata Bandar Tokyo itu Islam.

Di tanah arab, orang sana lebih berminat untuk menggunakan istilah al-Tawjih al-Islami li al-Ulum dan al-Ta’sil al-Islami li al-Ulum (Muhammad Qutb).






4 comments:

Anonymous said...

Satu gagasan besar tidak muncul dengan mewujudkan perbendaharan kata baru. apa yang lebih penting adalah epistemic construct daripada gagasan tersebut. Betullah orang kata Kamal Hasan tidak senang dengan sambutan besar yang diberikan kepada al-Attas. Yang jelas kita tidak perlu merendahkan orang lain untuk menjadi besar. gagasan besar tidak lahir dengan menghancurkan gagasan yang lain. Ilmuwan Islam perlu bersikap adil. tidak mengecilkan orang-orang yang sememangnya besar dan tidak membesarkan orang yang kecil. Muhammad Hamidullah bukan seorang pemikir dia hanya sejarawan.

Abuirfan said...

Tiada salahnya pada saya sekiranya ada orang yang ingin menambah dan mengembangkan lagi apa-apa perkara yang baik.

Pada saya, walaupun tidak pernah bersemuka dengan Attas dan hanya baru pertama kali mendengar syarahan Kamal Hasan; Al-Attas seorang manusia biasa yang biasa ada kekurangan.

Sekiranya ada orang yang ingin menambah apa-apa, pelengkap kepada kekurangan yang ada.

Kamal Hasan dalam mengemukakan perbendaharaan baru ini, tidak lah mendakwa bahawa ia membawa suatu gagasan yan baru. Sebaliknya ia mengembangkan lagi gagasan yang sedia ada.

Mengenai Hamidullah, bagi pandangan Kamal Hasan dalam majlis itu ialah seorang wali berdasarkan kepada pemerhatiannya.

Dr. Farid Shahran yang chair sesi pagi itu, mungkin saudara boleh dapatkan paper daripadanya.

ABu Irfan

Anonymous said...

Jika benar untuk menambah baik gagasan yang ada tidak perlulah ISTAC dihancurkan dan al-Attas dipecat. kezaliman terhadap al-Attas perlu ditolak. Umat Islam berhak mempertahankan ulama' dan pemikir yang banyak menyumbang kepada pencerdasan pemikiran mereka.

Abuirfan said...

Mudahan Allah selamatkan Islam daripada segala usaha usaha jahat yang dilakukan.