Dakwah dan Yahudi di Gozo,Malta.

Satu perkara yang menarik perhatian dalam seminar ini ialah kehadiran pelbagai latar belakang orang termasuk yahudi. Terdapat banyak presenter daripada Yahudi, termasuk yang datang daripada Tel Aviv University, Israel. Ini dapat diperhatikan daripada penampilan mereka daripada beberapa 2 ciri iaitu sideburn yang agak panjang dan hidung mereka mancung semacam je. Antara ciri lain ialah pakai suite hitam dan pakai topi hitam, tetapi di dalam seminar ini, tidak jelas dua ciri ini. Tetapi kehadiran mereka yang ramai, menimbulkan kurang senang sebilangan kecil di kalangan presenter daripada Mesir, Oman dan daripada Gaza yang kini tinggal di Malaysia. Begitu juga dengan presenter daripada Palestin, yang memiliki dua kad pengenalan, iaitu daripada Israel dan Palestin.










Sebagaimana akidah yang al-Quran telah tanamkan bahawa orang yang sangat memusuhi Islam adalah orang Yahudi dan orang Mushrik, kemudian diikuti dengan orang Nasrani. Aku tidak pasti apa persepsi mereka tentang tajuk pembentangan aku tentang dakwah, tetapi aku jangka ia kurang disenangi oleh mereka. Tapi aku buat tak tau sahaja. Ketika pembentangan, tiada nampaknya orang seperti yahudi, tetapi aku bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan soalan berkaitan dengan perkara ini. Tidak sekadar daripada orang yahudi tetapi juga daripada kristian. Soalan hanyalah daripada orang Islam sahaja yang kurang pasti bagaimana dakwah fardiyyah dapat dilaksanakan dalam e-group. Tidak kurang juga yang pesimis tentang usaha ini. Namun, aku tidak kisah kerana dalam masa yang hanya 15 minit, aku tidak mampu untuk menjelaskan ke semuanya kepada mereka, tambahan pula tajuk ini memerlukan kepada maklumat asas berkenaan e-group, online community dan dakwah fardiyyah untuk memahami pembentangan ini dengan baik.

Selain itu, terdapat juga presenter daripda Turkey yang mengaku Islam, tetapi tidak tahu apa itu dakwah. Ketika pembentangan, dia terpinga-pinga dengan tajuk pembentangan ini. Selepas selesai pembentangan, dia bertanya dengan beberapa peserta tentang makna dakwah. Setelah dijelaskan bahawa ia adalah usaha mengajak orang bukan Islam masuk Islam, baru dia tahu rupanya ada dakwah di dalam Islam. Sekular betul Turkey. Hmm. Tetapi tidak lah terkejut sangat, sebab menurut Dr. Zulkiple Abd Ghani yang menziarahi Faculty of Theology, University of Istanbul, ramai pensyarah dalam fakulti ini yang tidak bertudung. Fakulti ini adalah fakulti Islam lah kalau kita kat Malaysia. Tidak kisahlah kalau fenomena seperti ini berlaku kepada orang dalam fakulti yang lain. Bagus juga rupanya datang ke seminar multi diciplinary ini kerana dapat berjumpa dengan ramai orang daripada pelbagai latar belakang.

Dalam perkembangan yang lain berkenaan dengan Yahudi ini, Dr. Yusuf al-Qaradawi ada menyebutkan bahawa pertentangan adalah antara Islam dan Zionis, bukan antara Islam dan Yahudi. Apa pun, kita musti mengambil sikap berhati-hati dengan mereka kerana sepanjang sejarah, mereka adalah kelompok yang tidak mengenal erti perjanjian dan telah membunuh banyak para nabi. Kalau nabi pun dibunuh, apalah ertinya kita.

Teringat dulu masa zaman sekolah agama dulu, terdapat kawan-kawan yang pakai kopiah macam Yahudi. Yang syok tu, ada sorang tu (sekarang ini kat mana ntah la) kopiah dia kecik macam tempurung. Tapi pada masa tu, tak tau la pulak pakai cara itu macam yahudi dan ustaz pula tak de lah pulak nak bagi tau atau mungkin tak tau lagi.

Abu Irfan.



Post a Comment

0 Comments