Al-Da’wah al-Fardiyyah di Malta

Semalam kami berlima (Saya, Dr Zainab dan Dr Wan Ibrahim serta dua orang anak mereka) telah sampai ke pulau Gozo yang terletak di Malta. Malta merupakan sebuah negara yang memiliki 3 pulau, iaitu Malta itu sendiri, Gozo dan Comino. Gozo merupakan pulau kedua terbesar dan diikuti dengan Comino. Ia terletak di kepulauan Laut Mediteranean dan termasuk dalam kelompok Negara Eropah. Mata wang yang digunakan adalah Euro.


Perjalanan mengambil masa satu hari baru sampai ke sini setelah transit di Dubai dan Lanarka, Cyprus. Patutlah ramai yang keliru apabila disebut Malta dan ramai yang beranggapan ia terletak di Afrika. Tengok dalam Google Earth baru tau pulau ini kat mana letaknya. Lenguh dan letih baru sampai ke sini. Tapi seronok apabila dapat tengok bagaimana kehidupan masyarakat di sini yang berbeza dengan Malaysia.

Tujuan kehadiran ke pulau ini ialah untuk menghadiri seminar Mediterranean Conference for Academic Disciplines. Tajuk kertas kerja yang akan dibentangkan dalam seminar ini ialah “The theoretical framework for al-da'wah al-fardiyyah in the e-group”.

Masyarakat di sini sangat kuat Kristian katolik dan kelihatan church di mana-mana dan besar-besar pulak tu. Walau pun begitu, tetapi sengaja tajuk itu dibuat sebagai dakwah fardiyyah, dan bersedia menerima sebarang respon daripada peserta seminar itu nanti. Jadual untuk esok masih lagi belum tau lagi.


Post a Comment

0 Comments