Saintis dan Ulama, bertembungkah orientasi pengajian mereka?

Terdapat dakwaan yang mengatakan bahawa pertembungan ini disebabkan camp ulama ini tidak tahu bahasa inggeris lantaran membawa kepada perasaan infriority complex. Mungkin ada benarnya, Wallahu a’lam. Aku cuba menganalisis secara lebih detail lagi keadaan ini dengan membahagikan orientasi dua dsiplin pengajian, dalam bidang sains dan Islam.



Seorang saintis dilatih untuk berfikir kenapa sesuatu fenomena itu berlaku. Bagi saintis terdapat dua ilmu asas yang cukup penting bagi menghasilkan analisis yang tajam dan berdampak tinggi iaitu matematik dan sains.

Ilmu matematik diajar untuk mengira dan mengukur sesuatu; dan untuk menajamkan analisis dan cerapannya terhadap sesuatu fenomena itu.
Ilmu sains pula diajar untuk menganalisis fenomena alam tabii secara bersistem, mantik, dan objektif dengan kaedah khusus bagi mewujudkan penumpukan pengetahuan yang boleh dipercayai.

Pelajar dalam bidang ini dilatih menggunakan daya intelektualnya bagi mencerap suatu fenomena alam dan memberikan alasan atau justifikasi atas sesuatu fenomena itu. Manakala seorang pelajar dalam bidang Islam dilatih untuk mengingat al-Quran dan al-Hadith serta matan-matan bagi menguasai bidang pengajian Islam. Orientasi pengajian yang bersifat hafalan yang diterima sejak kecil lagi dalam bidang pengajian Islam telah mengasah kemampuan daya ingatan berbanding dengan daya membuat cerapan dan analisis. Mungkinkah dengan orientasi ini akan melahirkan pelajar yang lemah daya kreatifnya (lantaran tidak dilatih secara tersusun) dan kurang berkemampuan untuk melahirkan idea-idea baru dan bernas. Corak berfikir mereka diimbaui dengan idea-idea lama dan tidak meluas.

Keadaan ini dirumitkan lagi dengan kecenderungan pemilihan dalam bidang ini terdiri di kalangan mereka yang kurang berminat dengan matematik dan sains sejak sekolah rendah lagi. Tambahan pula, trend kemasukan pelajar dalam bidang pengajian, setelah kegagalan mereka untuk menguasai bidang yang berasaskan kepada matematik dan sains. Ia memungkinkan kepada pengkuhan dakwaan yang mengatakan bahawa pelajar dalam pengajian Islam merupakan pelajar kelas kedua.

Tulisan ini tidak bersifat cemuhan terhadap bidang pengajian Islam tetapi cuba memberikan suatu perspektif bagi meneliti pergolakan semasa gerakan Islam yang melibatkan dua kelompok manusia ini.

Abuirfan.

Post a Comment

0 Comments